Wednesday, August 28, 1996

2 - FIRST TIME NAIK KAPALTERBANG KE BALI

Changi Airport

AKU SEMPAT mengalas beg ala-ala pengembara pro lah ke Bali Indonesia. Masa aku pertama kali kerja di Singapore dulu ada lah sikit rezeki, macam terlebih pulak tengok duit gaji dalam Singapore Dollar tu hehe. So aku pandai-pandai sendiri pi beli tiket flight ke Bali, kalau tak silap dalam SD300 pi balik (dalam RM 600). Ok lah rasa sangat murah.

So, yang paling best itu lah pertama kali aku nak naik kapal terbang, tau-tau lah main redah aje kat Changi Airport tu. Memang aku tak tahu proses nak masuk ke dalam kapalterbang tu silap terminal lagi hehehe... tapi kita kan ada mulut kan kena rajin betanya kalu tak sesat jalan. Otw dalam kapal terbang jakun betoi aku, takut ada, hapi sangat pun ada jugak. Habis satu kapal terbang Garuda tu aku posing  sampai ke toilet pun aku pose haha. 

Sebelum aku berangkat aku tak da booking bilik hotel pun, sampai kat kat Kuta Beach baru aku cari tempat tinggal. Murah lah jugak lebih kurang RM 20 semalam, Tinggal homestay penduduk kat situ. Kalu berjalan kaki tak sampai 5 minit sampai ke pinggir pantai kuta tu.


Tanah Lot

Tiap hari aku ambil "one day tour" yang dikelolakan oleh byk travel agency kat sana, sehari penuh pun bayarannya dalam RM50 aje...so aktiviti aku penuh dr pagi sampai ke senja. Bukan saja sekitar Kuta beach aku redah sampai ke utara Singaraja ke kawasan pergunungan yang dingin kat situ. Sempat tenguk tarian "Barungan", ke Tanah Lot, Banjaran Hot Water dan banyak lah candi2 lama kat sana, paling diingat semasa dlm van tour di Bali ni ialah bila nampak berderet-deret wanita berpakaian kebaya pendek berwarna-warni sambil menjunjung bakul dikepala. Cantik dah macam dalam dokumentary dlm tv lah pulak. 

Teringat masa aku ngabiskan masa di pantai Kuta, datang seorang budak jual ganja or candu warna hitam haha kita tak beli ... tapi sempat ambik photo budak tu dg candu2 yang dijualkannya tu. 

Masa aku kat sana masaalah yang utama yang aku hadapi ialah nak dapatkan makanan halal. Yang berniaga kat tepi lorong2 tu geli siap anjing berkeliaran kat bawah bangku. Kalau tak silap 90% penduduk beragama hindu, tu pasal susah nak dapatkan makanan halal. Tapi kalau sekarang wallahualam maybe senang dah kut.

Apa pun kenangan ke Bali ni best lah jugak tentu ramai yang dah pergi bercuti kat sana kan. Sekarang dah senang sangat tambang pun murah dahkan, kalu ada rezeki nak rasanya aku travel dari Medan di Palembang ke Pulau Jawa dan masuk  ke Bali sekali lagi melalui jalan darat. Kita kena ada angan2 kalu tak da macam na nak jadi kan.


Insyaallah...