Monday, September 26, 1994

1 - PERTAMA KALI KEMBARA SOLO KE LUAR NEGARA


AKU MULA berminat travel seorang-seorang ni sejak zaman muda-muda semasa aku berkerja kat Sitiawan Perak lagi. Selalu jugak bila hari minggu cuti kerja, aku seorang2 ke Pulau Pangkor pi mandi laut seorang2. Entah kenapa so relex enjoy seorang2 lepak tepi pantai tu. Seronok rasanya mengusung beg galas naik feri dari Lumut ke Pulau Pangkor tu, lebih teruja kalu nampak pengembara orang putih galas beg beso2 dalam keadaan selekeh, teringin nak jadi cam diaorang kan best. 

Minat ni bertambah-tambah lagi lah semasa zaman kerja di Resorts World. Selalu jugak join ngan member2 tempat kerja ramai-ramai pi trip seperti ke Tioman, Pulau Kapas dan pernah naik train malam ke Johor dan ramai-ramai pi redah hingga ke kota Singapore. Adventure sangat rasanya ketika itu...hehehe


Bangkok

Tapi kisah pengalaman seorang rakan sekerja aku yang pergi bercuti ke Hat Yai Thailand bersama seorang lagi kawannya yang telah buat aku bertambah berani nak kembara seorang-seorang ni. 

Sebelum ni aku anggap Thailand sebuah negara amat bahaya, senjata api merata-merata, jenayah bunuh kerap berlaku, tidak terfikir lah aku nak pi sana. Tapi bila aku tengok kawan baik aku ni elok jer pi balik bercuti ke sana terus buat aku 'jeles'. Dalam hati aku kata kalau ia boleh buat tentu aku pun boleh buat kan. 

So tak lama lepas ia pi dengan kwn ia tu, aku pun ambik cuti. Aku nak buat macam ia, nak bercuti jugak kat Hatyai. Aku ambil 10 hari cuti tujuannya satu, ke Hat Yai. Lepas dapat sikit info tentang perjalanan pengalaman dari kawan aku tu, aku pun bertolak lah seorang diri. Niat hati nak tunjuk aku lah lebih terror dari ia, aku lah lebih berani dari semua kawan2 aku yang ada kat office tu hehehe....

Aku sampai di sebuah kedai "travel agent" di Hat Yai kira-kira pukul 9 pagi, aku tengok bandar ni cam tak best jer. Kemudian aku ternampak papan tanda harga, bagi tiket perjalanan untuk ke Bangkok dari Hat Yai hanya RM 50 aje (ketika itu), murah jugak bisik hati aku. Tanpa fikir dua kali, dikuatkan lagi dengan rasa nak lebih dari kawan aku tu, aku beli tiket terus ke Bangkok pada pagi tu jugak. 

Dalam hati sepanjang perjalanan ke Bangkok menaiki van selama hampir 15 jam tu aku rasa seronok sangat kerana aku pi lebih jauh dari kawan aku pi, ia hanya sampai ke Hat Yai tu jer hehehe. Dalam masa yang sama memang teruja sangat2 pasal pertama kali nak ke Bangkok. Tak pernah dan tidak terlintas langsung sebelum ni nak ke Bangkok tiba2 saja keputusan dibuat dan sekarang dah ada dlm perjalanan. Bestnya...

Ini pengalaman pertama aku keluar negara kembara seorang diri, siapa sangka plan awal hanya nak ke Hat Yai aje, tapi terlajak ke Bangkok lebih best lagi dari Bangkok aku naik bas ke Chiang Mai pulak... aduhhh.. syok nya bila balik kerja nanti nak bercerita dg member2 tentu diaorang terkejut beruk. 


Chiang Mai

Dalam perjalanan pulang dari Bangkok perasaan tamak hendak kembara, telah mengubah perjalanan aku untuk belayar singgah ke Koh Tao. 

Tiba di pulau kecil ini aku segera mencari tempat tinggal di tepi pantai, tetapi disebabkan kurang pelancong asing, minat aku hendak bermalam di pulau ini terbantut. Aku segera kembali ke jettty untuk berpindah belayar ke Koh Pha Ngan pulak pada hari itu jugak. 

Alhamdulillah aku tiba di Pulau Pha Ngan ni lewat petang dan bermalam di pulau ini. Keluasan Koh Pha Ngan adalah lebih besar daripada Koh Toa, tetapi Koh Samui yang juga tidak jauh dari Koh Pha Ngan lebih besar daripada kedua-dua pulau tersebut.



Keesokkan hari aku belayar sekali lagi berpindah ke Koh Samui. 

Wahhh Koh Samui lebih meriah dengan pelancong asing, dan aku sewa sebuah chelet betul-betul di tepi pantai. Sebuah bilik yang besar mempunyai 2 katil. Aku dapat menyewa dengan harga murah sebab kata tuan punya chelet berkenaan, ketika itu bukan musim pelancong datang, walaupun kelihatan agak ramai pada pandangan aku lah tetapi, pada mereka lebih baik disewakan dengan harga murah daripada tidak ada penyewa langsung.

Koh Samui


Selama 10 hari kembara pertama ini aku berhabis hanya lebih kurang RM 600 sahaja. Semua dilakukan secara 'budget'.

So selepas pengalaman pertama ini, aku menjadi semakin berani dan selepas itu hampir satu Thailand telah aku jelajah. Semua pulau2 pernah aku redah di timur di barat  ke Koh Phuket, Koh Phanga, Koh Samui, Koh Phi-phi semua Koh aku terokai (Koh maknanya pulau dlm bahasa thai). 

Aku pergi secara berperingkat-peringkat, sama ada pergi seorang diri beberapa kali, pergi bersama kawan-kawan, pergi dengan adik lelaki ke Bangkok dan Pattaya, pergi dengan adik beradik serta kakak naik bas ke Phuket dan mengikut company trip tempat aku kerja le terbang ke Phuket dari Singapore dan tinggal di hotel 5 star lagi. 

Bermula dari pengalaman ini juga lah aku mula berani untuk kembara ketempat yang lebih jauh lagi. Insyaallah aku akan bercerita tentang beberapa pengalaman dan tempat menarik yang pernah aku pergi, semuanya aku lakukan bersendirian seperti Pulau Jawa, Cambodia, Vietnam, Laos, India, China, Nepal, Mongolia, Pakistan dan Siberia. Paling singkat kembara yang pernah aku lakukan dulu selama 10 hari dan yang paling lama selama 5 bulan.